Banyak pelakon sekarang yang takut berkahwin semasa nama masih di kemuncak kerana bimbang populariti akan menurun. Adakah itu satu realiti, atau hanya alasan sahaja?
Ada yang sangat takut mendedahkan status sebagai isteri orang kerana bimbang populariti tidak dapat diraih sebagaimana artis bujang. Itu alasan sahaja.
Pelakon Sari Yanti kini antara nama yang sedang meniti di bibir peminat. Banyak drama lakonannya diterima dan diminati ramai. Sari Yanti juga nampak mesra media. Ada sahaja kisahnya menjadi paparan majalah hiburan dan ruangan hiburan di akhbar harian.
Tengah orang bercakap pasalnya, Sari Yanti Mohamad Nazari, 24, sudah ada perancangan menamatkan alam bujang.
Sari sudah hantar kad undangan kahwin kepada kenalan, keluarga dan pihak media. Majlis perkahwinannya akan diadakan di rumah keluarga di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 17 Januari 2009.
Sari ni nampak sahaja macam budak-budak sebab terbawa-bawa watak dalam drama Kisah Kaisara yang mempopularkannya. Dia sudah dewasa dan kini bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri pula.
Sari memilih Mohd. Eddy Casmady Che Hussin sebagai pasangannya. Lihatlah foto mesra mereka. Memang sama cantik dan sama padan.
Selamat pengantin baru Mangga Online ucapkan. Semoga berkekalanlah hendaknya. Dalam hangat sebuah demi sebuah rumah tangga artis runtuh, ada yang baru merancang bina rumah tangga. Semoga Sari dan Eddy bahagia.
0 comments:
Post a Comment