ALOR STAR - Di sebalik usaha kerajaan negeri yang cuba menyekat kegiatan meruntuhkan akhlak remaja, sebenarnya terpampang sebuah pusat hiburan di sini yang dijadi port anak-anak muda melepaskan ketagihan arak.
Bukan setakat meminum arak malah premis yang dibuka bermula pukul 9 malam hingga 3 pagi itu juga dipercayai dijadikan lokasi pasangan kekasih bermadu asmara setelah khayal dengan arak dan dadah yang dibawa.
Tinjauan Kosmo! di pusat hiburan tersebut mendapati hampir 75 peratus pelanggan pusat hiburan bertemakan R&B (Rock & Blues) itu adalah ramaja Islam dan terdapat daripada mereka adalah pelanggan bawah umur.
Yang paling sedihnya pula, selepas khayal dengan arak, segelintir anak muda di situ akan mencetuskan pergaduhan kerana ingin merebut perempuan.
Bekas pengunjung tetap pusat hiburan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Farukh, 25, mendakwa, premis itu adalah tumpuan golongan anak muda melepaskan ketagihan arak secara terbuka tanpa perlu takut memandangkan pusat hiburan itu didakwa 'kebal' daripada diserbu oleh Jabatan Agama Islam Kedah dan polis.
Menurutnya, setiap hari Rabu dan Jumaat, premis itu akan dipenuhi kira-kira 100 remaja Islam dan setiap dari mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM30 untuk menerima sebotol arak.
0 comments:
Post a Comment