Saturday, January 17, 2009 at 12:25 AM Posted by admin
Labels: Hangat 0 comments
Thursday, January 8, 2009 at 9:31 PM Posted by admin
RANTAU PANJANG - Siti Aida Norbani Mustafa selepas ini mungkin tidak berani lagi membeli-belah seorang diri di pasar pagi Sungai Golok dalam wilayah Thailand.
Disebabkan teguran seorang lelaki warga Thailand yang tidak dikenali, dia umpama dipukau. Dia mengikut lelaki itu ke sebuah rumah di Pangkalan Gergaji, Sungai Golok. Di situ dia dikurung selama dua minggu.
Siti Aida, 22, dari Kampung Bukit Payung, Terengganu juga lebam mata kanan akibat dibelasah oleh lelaki berusia 20-an itu yang mengajaknya berkahwin.
"Dia pukul saya setiap kali saya menjerit.
"Bagaimanapun, saya diberi makan dan telekung untuk bersembahyang,'' katanya di sini semalam.
Labels: Hangat, hot news 0 comments
Saturday, December 13, 2008 at 7:07 PM Posted by admin
FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.
PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.
MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.
MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.
OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening
Yang Terangkat'.
BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.
TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'
sumber: KKCafe.net
Labels: Hangat, Wanita 0 comments
Friday, December 12, 2008 at 11:19 PM Posted by admin
JANUARI
* bercita-cita tinggi dan orangnya serius
* suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
* peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
* suka smart, kemas dan teratur
* sensitif, berfikiran mendalam
* pandai mengambil hati orang lain
* pendiam kecuali setelah dirangsang
* agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
* mudah mendisiplinkan diri sendiri
* badan sihat tetapi mudah diserang selesema
* bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
* cukup sayang kepada kanak-kanak
* suka duduk di rumah
* setia pada segalanya
* rajin belajar dan kemahiran sosial
* sikap cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* berfikiran abstarak
* sukakan benda yang realiti dan abstrak
* inteligent, bijak dan genius
* berpersonaliti yang mudah berubah
* mudah menawan orang lain
* agak pendiam, pemalu dan rendah diri
* jujur dan setia pada segalanya
* keras hati untuk mencapai matlamat
* tidak suka dikongkong mudah
* memberontak jika dikongkong
* suka kegiatan lasak
* emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
* mudah mempamirkan marahnya
* tidak suka kepada benda remeh temeh
* suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
* sangat berani dan suka memberontak
* bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
* pemerhatian yang tajam suka hiburan dan sukan
* suka benda yang bersifat seni
* sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
* berkecenderungan kepada benda yang tahyul
* amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
* belajar untuk mempamirkan emosi
MAC
* berpersonaliti menarik dan menawan
* mudah didampingi
* sangat pemalu dan pemendam rasa
* sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
* sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
* suka pada kedamaian
* sangat peka kepada orang lain
* sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
* tidak cepat marah dan sangat amanah
* tahu balas budi dan kenang budi
* pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
* kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
* suka berangan-angan
* suka melancong
* sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
* kelam kabut dalam memilih pasangan
* suka dengan hiasan rumah tangga
* punya bakat seni dalam bidang muzik
* kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody
APRIL
* sangat aktif dan dinamik
* cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
* sangat menarik dan pandai manjakan diri
* punya daya mental yang sangat kuat
* suka dapat perhatian
* sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
* sangat berani dan tiada perasaan takut
* suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
* emosi cepat terusik jika tidak terkawal
* berkecenderungan bersifat dendam
* agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
* kuat daya ingatan
* gerak hati yang sangat kuat
* pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
* berpenyakit di sekitar kepala dan dada
* sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* keras hati dan degil
* kuat semangat dan bermotivasi tinggi
* pemikiran tajam
* mudah marah jika tidak dikawal
* pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
* perasaan yang sangat mendalam
* cantik dari segi mental dan fizikal
* tidak perlu dimotivasikan
* tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
* mudah dipujuk
* bersikap sistematik ( otak kiri )
* suka berangan
* kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
* mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
* daya khayalannya tinggi
* pemikiran yang tajam
* pandai berdebat
* fizikal yang baik
* suka sastera, seni, muzik dan melancong
* tidak berapa suka duduk dirumah
* tidak boleh duduk diam
* tidak punya ramai anak
* rajin dan bersemangat tinggi
* agak boros
JUN
* berfikiran jauh dan berwawasan
* mudah ditawan kerana sikap baik
* perangai lemah lembut mudah berubah sikap, sangat banyak idea
* bersikap sensitif
* otak sentiasa aktif berfikir
* sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
* sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
* cepat marah dan cepat sejuk
* suka bercakap dan berdebat
* suka buat lawak dan bergurau
* otak cerdas dan berangan-rangan
* mudah dan pandai berkawan
* orangnya sangat tertib
* pandai mempamerkan sikap
* mudah kecil hati
* mudah terkena selesema
* suka berkemas
* cepat rasa bosan
* kurang pamerkan perasaan
* lambat sembuh bila terluka hati
* suka barangan berjenama
* mudah jadi eksekutif
* kedegilan yang tidak terkawal
* siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya
JULAI
* seronok didampingi
* banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )
* agak pendiam kecuali diransang
* ada harga dan maruah diri
* tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
* mudah dipujuk dan bersikap lurus
* sangat menjaga hati orang lain
* sangat peramah
* emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
* berjiwa sentimental
* kurang berdendam
* mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
* tidak suka benda remeh temeh
* membimbing cara fizikal dan mental
* sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
* layanan serupa kepada semua orang
* tinggi daya simpati
* pemerhatian yang tajam
* suka menilai orang lain dengan pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri
* suka mengenang peristiwa atau kawan lama
* suka mendiamkan diri dan duduk di rumah
* suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
* tak agresif kecuali terpaksa
* lemah dari kesihatan
* bahagian perut mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
* minta disayangi
* terlalu mengambil berat
* rajin dalam membuat kerja
OGOS
* suka berlawak
* mudah tertawan kepadanya
* sopan santun, caring terhadap orang lain
* berani dan tidak tahu takut
* agak tegas dan bersifat berkepimpinan
* pandai memujuk
* terlalu pemurah dan bersikap ego
* nilai harga diri sangat tinggi
* dahagakan pujian
* semangat juang yang luar biasa
* cepat marah dan mudah mengamuk terutama cakapnya dilawan
* sangat cemburu
* daya pemerhatian tajam dan teliti
* cepat berfikir dan berdikari
* suka memimpin juga dipimpin
* suka barangan-angan
* berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat
* sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
* mudah mendapat penyakit
* sentiasa belajar untuk relax
* kelam kabut
* romantik, pengasih dan penyayang
* suka mencari kawan
SEPTEMBER
* sangat bersopan santun dan bertolak ansur
* sangat cermat, teliti, dan teratur
* suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
* pendiam tetapi pandai bercakap
* sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
* sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
* sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
* banyak berfikir
* daya penakakulan yang baik
* otak bijak dan mudah belajar
* suka mencari maklumat
* mengawal diri dari selalu mengkritik
* pandai mendorong diri sendiri
* mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
* sukakan sukan, hiburan, dan melancong
* kurang menunjukkan perasaan
* lama menyimpan jika terluka hati
* terlalu memilih pasangan
* sukakan benda yang luas bersistematik
OKTOBER
* suka sembang
* suka orang sayang padanya
* suka ambil jalan tengah
* sangat menawan dan sopan santun
* kecantikan luar dan dalam
* tidak pandai berbohong dan berpura-pura
* mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
* sentiasa berkawan
* hati mudah terusik, tetapi merajuk tak lama
* cepat marah
* macam pentingkan diri sendiri
* tidak menolong orang jika tidak diminta
* suka melihat dari perspektif sendiri
* tidak suka terima pandangan orang lain
* emosi mudah terusik
* suka berangan-angan dan pandai bercakap
* emosi yang kelam kabut
* daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
* suka melancong, bidang sastera, dan seni
* pengasih, penyayang, dan lemah lembut
* romantik dalam percintaan
* mudah terusik hati dan cemburu
* ambil berat tentang orang lain
* suka kegiatan luar
* orang yang adil boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
* mudah patah semangat
NOVEMBER
* banyak idea dalam sesuatu perkara
* perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
* otak dan pemikiran yang sangat tajam
* cara berfikir lain dari orang lain
* berfikiran kehadapan, unik, dan bijak banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
* penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
* sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
* sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
* amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
* daya firasat sangat halus dan tinggi
* bagus sebagai doktor
* cermat dan teliti
* personaliti dinamik
* tidak hargai pujian
* bercita-cita tinggi
* terlalu degil dan keras hati
* apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
* sangat rajin dan berkemampuan tinggi
* kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
* pandai mendorong diri sendiri
* berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
* mudah ambil berat terhadap orang lain tak suka marah kecuali tergugat
* pandai muhasabah diri
* romantik
* tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
* suka duduk di rumah
* tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
DISEMBER
* sangat setia dan pemurah
* bersifat patriotik
* sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
* bercita-cita tinggi
* suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
* seronok didampingi
* pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
* suka bercampur dengan orang
* suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur
* tidak pandai berpura-pura
* cepat marah
* sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
* perangai yang berubah-ubah
* tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
* benci pada kongkongan
Kredit: http://kkcafe.net/forum/viewthread.php?forum_id=83&thread_id=1453&pid=10729
Labels: Hangat 0 comments
at 4:56 PM Posted by admin
ALOR STAR - Di sebalik usaha kerajaan negeri yang cuba menyekat kegiatan meruntuhkan akhlak remaja, sebenarnya terpampang sebuah pusat hiburan di sini yang dijadi port anak-anak muda melepaskan ketagihan arak.
Bukan setakat meminum arak malah premis yang dibuka bermula pukul 9 malam hingga 3 pagi itu juga dipercayai dijadikan lokasi pasangan kekasih bermadu asmara setelah khayal dengan arak dan dadah yang dibawa.
Tinjauan Kosmo! di pusat hiburan tersebut mendapati hampir 75 peratus pelanggan pusat hiburan bertemakan R&B (Rock & Blues) itu adalah ramaja Islam dan terdapat daripada mereka adalah pelanggan bawah umur.
Yang paling sedihnya pula, selepas khayal dengan arak, segelintir anak muda di situ akan mencetuskan pergaduhan kerana ingin merebut perempuan.
Bekas pengunjung tetap pusat hiburan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Farukh, 25, mendakwa, premis itu adalah tumpuan golongan anak muda melepaskan ketagihan arak secara terbuka tanpa perlu takut memandangkan pusat hiburan itu didakwa 'kebal' daripada diserbu oleh Jabatan Agama Islam Kedah dan polis.
Menurutnya, setiap hari Rabu dan Jumaat, premis itu akan dipenuhi kira-kira 100 remaja Islam dan setiap dari mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM30 untuk menerima sebotol arak.
Labels: Hangat 0 comments
Saturday, December 6, 2008 at 9:10 PM Posted by admin
KUALA LUMPUR - Hati bapa mana yang tidak merasa pilu apabila mendapati anak kesayangan ditemui mati tertimbus. Demikian yang dirasakan oleh Datuk Shahrudin Adnan, 63, (gambar kecil) apabila melihat Shaiful Khas, 20, yang terbunuh dalam keadaan menyayat hati.
"Saya terdengar anak saya memekik dan kata rumah kami bergegar," kata Shahrudin mengenai anak bongsu daripada dua orang adik-beradik itu yang ditemui tertimbus selepas rempuhan ketiga tanah runtuh ke atas banglo dua tingkat mereka di Bukit Antarabangsa semalam.
Menurutnya, dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, dia terdengar anaknya memekik dan berkata rumahnya bergegar.
"Ketika gelongsoran pertama saya masih terdengar suaranya, sehinggalah gelongsoran yang ketiga dan saya menggunakan telefon bimbit untuk mengesan anak saya yang tertimbus.
| |
| |
"Shaiful kemudiannya ditemui dengan tangannya yang sejuk dan masih memegang telefon bimbit dan disahkan telah meninggal dunia," ujarnya sedih di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.
Shaiful baru sahaja selesai menduduki peperiksaan di Kolej Teknologi YPC-itWEB, Cheras.
Shaiful Khas adalah antara yang dilaporkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama itu.
Shahrudin berkata beliau bersama isteri dan seorang anak saudara mereka berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui bumbung.
"Sebelum ini arwah memang tidur di tingkat atas, tapi entah kenapa, malam tadi dia nak tidur di tingkat bawah," katanya sambil memberitahu beliau bersama isterinya, Datin Jamilah Mohd. Kassim serta anak saudara mereka itu tidur di tingkat atas.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
Labels: Hangat 0 comments
Tuesday, December 2, 2008 at 6:19 AM Posted by admin
Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim
Rasanya info ini dah lama, tetapi di post di Isuhangat sebagai peringatan semula.
Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang diedarkan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 syarikat percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! mempunyai lebih dari 366 halaman iaitu dari bahasa Arab dan Inggeris, sekarang khabarnya diedarkan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah-sekolah berbahasa Inggeris disana.
Bukunya sendiri memuatkan 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.
Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristian tentang tiga tuhan.Dan banyak sekali bertentangan dengan pelbagai kepercayaan dalam
Islam, seperti mempunyai lebih satu isteri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.
Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim tentang info ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang mendustakan Agama Allah SWT.
Ini alamatnya:
http://www.islam-exposed.org/
Labels: Hangat 0 comments
Saturday, November 29, 2008 at 5:55 PM Posted by admin
Ada teman Diva yang bermata sepet dan tak pernah berenggang dengan Blackberry, ala-ala wartawan juga layaknya, memberitahu Diva perihal dua orang pelakon yang cantik rupa paras ini.
Nak kata tidak ada teman lelaki, sudah terang lagi bersuluh tetapi mereka ini tidak segan silu untuk membuat tempahan pada rakan-rakan yang keluar negara. Pesanannya adalah alat permainan seks dan apabila menyebut tentang benda itu, faham-faham sahajalah apa kegunaannya.
Alasan mereka mudah apabila disoal kenapa memesan barang sedemikian, sedangkan banyak barang lain yang boleh dipesan. Nak tahu apa jawapan mereka? Mereka jawab; “Tidak mahu ‘bagi’ selalu dekat teman lelaki sebab nanti mereka mahu selalu. Simpan-simpan sikit.”
Labels: Hangat, Selebriti 0 comments
at 5:42 PM Posted by admin
KUALA LUMPUR – Pelacur lelaki kembali berniaga.
Demikianlah keadaannya di sepanjang deretan kedai tiga tingkat di Cheras ini yang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Malah kegiatan pelacuran songsang itu pernah dibongkarkan oleh Kosmo! pada awal Januari lalu dan kini ia kembali semula menjadi lubuk untuk lelaki gay untuk memuaskan nafsu mereka.
Pelacur lelaki yang menawarkan khidmat seks itu didapati berselindung di sebalik perniagaan premis rumah urut yang kebanyakannya berada di tingkat dua dan tiga bangunan berkenaan.
Wartawan Kosmo! Ahad yang menyamar sebagai pelanggan rumah urut itu mendapati khidmat pelacuran masih dijalankan malah terdapat pula beberapa pakej perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan homoseksual.
“Kita ada beberapa pakej. Urut badan biasa RM40 sebelum pukul 6 tapi kalau lepas itu, harga sudah RM50. Pakej lain pun kita ada,” kata seorang pengusaha pusat urutan refleksologi.
Apabila diminta untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai tawaran pakej yang ada, dia berkata:
“Pakej RM60 ada urutan badan sama tukang urut bogel. Pakej RM90 untuk servis body to body. Spa pun ada tapi RM25. Bayaran itu untuk hanya satu jam sahaja.”
“Kalau pakej RM40, tukang urut pakai seluar dalam dan baju-T sahaja.
“Kalau RM60, tukang urut tanpa pakaian akan urut you. Oral sex termasuk sekali,” katanya.
Labels: Hangat 0 comments
Minyx v2.0 template es un theme creado por Spiga. | Minyx Blogger Template distributed by eBlog Templates