Spiga

Dugaan Radhi OAG-Shazlin

Radhi OAG dan isterinya Shazlin Sharif sedang menghadapi masalah rumah tangga. Kemuncaknya apabila Shazlin sudah tawar hati dan memohon cerai secara fasakh.

Mereka sudah lama tak berjumpa. Malah Radhi enggan berjumpa Shazlin ekoran masalah rumah ta

Berjumpa semula demi anak.

ngga mereka. Semasa Shazlin membuat permohonan fasakh pada 25 November lalu, Radhi tak hadir ke mahkamah. Kes mereka akan disebut semula di Mahkamah Rendah Shariah Petaling Jaya pada 23 Disember 2008.

Mereka akhirnya berjumpa di hospital apabila anak mereka, Rifdhi terlantar di hospital setelah lemas akibat terjatuh ke dalam kolam di rumah neneknya di Petaling Jaya, Selangor pada 4 Disember 2008.

Kerana anak mereka bertemu semula. Mereka berjumpa semasa melawat anak. Saat umat Islam bakal menyambut Hari Raya Korban ini, apa yang berlaku kepada anak itu boleh dilihat sebagai satu pengorbanan. Pengorbanan demi menyatukan kedua-dua ibu bapa.

Agaknya kanak-kanak ingin menyatukan Radhi dan Shazlin. Mungkin itulah yang selama ini dia mahukan walaupun dia tidak pernah bertanya di mana bapanya apabila Radhi gagal mengunjungi Shazlin dan anak beberapa lama.

Radhi mengatakan masih sayangkan Shazlin dan ingin berbaik semula sebagai suami isteri, sebaliknya Shazlin sudah tawar hati dan hanya ingin berbaik sebagai kawan sahaja.

"Dia bapa kepada Rifdhi dan kerana itu kami perlu mempunyai hubungan baik walaupun sebagai rakan sahaja nanti," kata Shazlin.

Itulah asam garam kehidupan. Kita tak dapat mengagak apa yang akan berlaku. Mungkin apabila anak mereka kembali sedarkan diri dan sihat lain pula yang akan terjadi nanti. Semoga insiden itu bakal membawa perubahan.

0 comments: