Spiga
Showing posts with label Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Selebriti. Show all posts

Ajai Bergaya Bersama Kereta Mewahnya, BMW 5 Series

img360.imageshack.us/img360/1907/ajai2ns1.jpg

Ini seolah-olah satu lagi siri selebriti bersama kereta mewah oleh krew JomStar. Ajai yang cukup di’kenali sebagai penulis & komposer lagu memberitahu yang BMW 5 Series berwarna putih ini di’beli tahun lepas.

Pembelian kereta ini adalah lebih sebagai penggalak kepada kerjaya Ajai untuk lebih baik & bukan untuk bermegah-megah.

img360.imageshack.us/img360/4797/ajai1kh7.jpg

img360.imageshack.us/img360/5541/ajai3de3.jpg

kredit: Ohbulan.com

Tini Hot FM Kahwin Nur Sulhi Jasmin 22 Februari Ini

Lagi selebriti Malaysia yang akan berkahwin awal-awal tahun ini. Nampaknya 2009 di’mulakan dengan sesuatu yang baik olrh mereka.

farm4.static.flickr.com/3008/2463826001_d93a390be1.jpg


Selepas Sari Yanti, Que Haidar-Linda Jasmine, Adlin-Emelda, kini tiba giliran Kartini Kamarul Ariffin atau Tini mengumumkan tarikh perkahwinan beliau.

Tini, 30 yang mula jatuh hati dengan Nur Sulhi Jasmin atau Sol,28 ketika membuat liputan sebuah program hiburan terbitan TV3 berkata beliau mengimpikan sebuah majlis perkahwinan ringkas namun praktikal serta memberi keselesaan kepada semua tetamu.

Majlis pernikahan akan diadakan pada waktu pagi dan disusuli majlis persandingan (tengah hari) apabila kedua-dua upacara itu akan dilangsungkan di Dewan Perdana Felda. Manakala majlis resepsi sebelah lelaki pula diadakan 28 Februari di Kota Tinggi, Johor.

Sumber: KKCafe.Net

Noraniza Idris Cucuk Botox?

Noraniza Idris Cucuk Botox?

Image Hosted by ImageShack.us

See Noraniza Idris nose, seem her nose became more mancung in her latest picture!

Who is Noraniza Idris?

Nor Aniza Binti Haji Idris or better known as Noraniza Idris in the Malaysian music industry is the Queen of Pop Traditional. Began her career as a wedding singer, she soon found herself in the recording studio after participating the Bintang RTM (a talent search singing contest) in 1985.

What is Botox?

Botox is a drug made from a toxin produced by the bacterium Clostridium botulinum. It’s the same toxin that causes a life-threatening type of food poisoning called botulism. Botox injections work by weakening or paralyzing certain muscles or by blocking certain nerves. Doctors use it in small doses to treat health problems, including

* Temporary removal of facial wrinkles
* Severe underarm sweating
* Cervical dystonia - a neurological disorder that causes severe neck and shoulder muscle contractions
* Blepharospasm - uncontrollable blinking
* Strabismus - misaligned eyes

Hannah Tan Akan Kembangkan Karier Sebagai Model Di Jepun


img58.imageshack.us/img58/1166/hannahbx6.jpg
Hari ini jam 7 malam bertempat di Somo, Mont Kiara akan berlangsung sebuah parti perpisahan buat Hannah Tan, model berbangsa Cina yang popular dalam komuniti Melayu. Beliau di’khabarkan akan berhijrah ke Jepun untuk mengembangkan kariernya sebagai model.

Mungkin selepas ini kita hanya akan mendengar khabar Hannah Tan dari Jepun & kemungkinan juga beliau akan lebih popular di’sana & mencipta nama sebaris dengan Michelle Yeoh, siapa tahu.

Datuk Siti Nurhaliza di The Brandlaureate Awards 2008

Nampak kemesraan antara dua wanita yang di’kagumi ramai orang ini. Bukan senang untuk artis Malaysia dapat berpimpin tangan bersama Tun Dr Siti Hasmah — seorang wanita di’belakang kekuatan ideologi Tun Dr Mahathir.

Satu bukti yang Siti Nurhaliza seorang yang sangat mudah mesra & menghormati mereka yang lebih tua. Tidak salah jika rasanya OHBULAN! kata inilah kali pertama Tun Dr Siti Hasmah begitu mesra dengan seseorang dari golongan artis & selebriti.

Lagi gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza selepas ini…

Kredit Foto: Minaq Jinggo

Majlis Perkahwinan Rich & Velvet Lawrence

Nampaknya berita yang OHBULAN! petik 11 Oktober lalu berkaitan perkahwinan bintang Akademi Fantasia, Rich & Velvet menjadi kenyataan baru-baru ini.

Salah seorang yang hadir pada majlis peribadi tersebut berjaya menangkap beberapa keping gambar untuk tatapan peminat Rich & Velvet.

Senyap-senyap je ‘kan mereka berdua, tidak’lah seperti seornag bintang Akademi Fantasia yang satu lagi itu.

Gambar kualiti rendah (LQ) dari kamera telefon bimbit lagi selepas ini & sebarang gambar berkualiti tinggi akan di’update kemudian…

Kredit Foto: Blankie (Forum Cari!)

Elle atau Nur Fuziana Isteri Cico Harahap

Wanita di’atas bersama Cico Harahap di’katakan sebagai Elle atau nama Islamnya Nur Fuziana yang kini menjadi isteri kepada Cico. Elle di’khabarkan sedang mengandung 8 bulan & bernikah dengan Cico 10 bulan lalu di selatan Thailand. Lagi gambar selepas ini…



Terima kasih: Galvatron (Forum Cari!)

Amy Search Mewalikan Pernikahan Nabila Huda & Zaidy Zailani

Seronok rasanya melihat Amy Search mewalikan sendiri pernikahan anak gadis beliau Nabila Huda dengan Zaidy. Majlis pernikahan yang berlansung di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, hari ini, menyaksikan dua hati menjadi satu setelah lebih enam tahun pasangan ini menyulam cinta.

“Saya amat bersyukur kerana hubungan yang kami jalin bertahun-tahun ini berakhir dengan perkahwinan. Saya sendiri tidak pernah merancang untuk mengakhiri zaman solo pada usia ini, tetapi nampaknya jodoh sudah sampai.

“Banyak dugaan yang telah kami tempoh bersama apatah lagi dia adalah cinta pertama saya. Insya-Allah, saya akan cuba untuk menjadi isteri yang terbaik buatnya,” kata Nabila yang harijadinya jatuh pada hari ini. Hari yang sangat bermakna buat Nabila Huda & Zaidy.

Tahniah & selamat melayari alam rumahtangga OHBULAN! ucapkan. Semoga kedua-duanya menjadi semakin matang & dewasa.

Kredit Berita & Foto: Tangisan Syukur Iringi Pernikahan Nabila - Zaidy (mStar)

Amy rugi RM1 juta? - Perubahan lokasi persandingan Nabila




BERITA perkahwinan aktres Nabila Huda, anak perempuan tunggal rockers terkenal Amy Search yang dijadualkan bakal berlangsung pada pada 2 Disember ini sudahpun disebarkan kepada khalayak.

Namun begitu, sejak kad undangan perkahwinannya itu diterima pihak media, timbul satu persoalan di benak fikiran apabila lokasi persandingan yang dirancang di sebuah hotel bertaraf lima bintang sebelum ini telah diubah ke Pusat Komuniti, Bukit Damansara.

Mungkinkah, perubahan ini berlaku disebabkan baru-baru ini bapanya itu dikhabarkan telah kerugian hampir RM1 juta menerusi sebuah skim pelaburan yang turut membabitkan beberapa artis ternama lain dan ini menyebabkan kos bajet perkahwinannya terpaksa dikurangkan?

Justeru mungkinkah jumlah tetamu yang akan hadir di majlis mereka turut dikurangkan?

Mahu mendapatkan kepastian, Kosmo! telah menghubungi Nabila untuk menjelaskan situasi sebenarnya. Mendengar nada suaranya, jelas dia terkilan dengan spekulasi 'baru' yang diterimanya itu.


SEGAR dan ceria yang terpancar daripada kostum merah jambu yang digayakannya membuatkan seri bakal pengantin terserlah.


"Susah saya nak jawab pasal ini. Saya pun tak boleh nak cakap apa-apa. Macam ini, sebenarnya kami tidak mahu mengadakan persandingan secara besar-besaran. Saya lebih suka majlis yang sederhana sahaja.

"Berkenaan tentang perubahan lokasi persandingan saya, ia langsung tiada kaitan dengan masalah kerugian papa (Amy Search). Apalagi mahu mengurangkan jumlah tetamu yang hadir kerana merekalah penyeri majlis saya nanti.

"Cuma bila saya mahu menempah dewan di hotel itu pada tarikh yang saya inginkan (2 Disember), ia dah penuh.

"Jadi kami pun carilah lokasi lain pula. Lagipun kami pernah menyambut hari lahir ayah di sana, tak perlulah nak buat majlis di tempat yang sama lagi sekali," jelasnya.

Mesra dengan panggilan nama Abil, dia tahu, bapa kesayangannya itu tidak pernah menyusahkan dirinya dengan pelbagai masalah yang muncul.

Apa yang penting, Abil bahagia dengan kehidupan barunya nanti.


NABILA saat ini tertanya-tanya mengenai apakah kejutan yang bakal dilakukan oleh bapanya pada hari perkahwinannya, Selasa ini.


"Susah macam mana sekalipun, papa memang tidak suka mencampur-adukkan masalah dia dalam kehidupan saya.

"Sebab itu saya kata, antara masalah papa dan majlis perkahwinan saya, tiada kaitan langsung. Bayangkan, bila saya balik rumah, jika papa ada masalah, seboleh-bolehnya dia tidak mahu menceritakan apa yang berlaku kepada saya.

"Lebih-lebih lagi sekarang ini keluarga saya lebih selesa untuk tidak menceritakan masalah mereka kepada saya. Bimbang jika saya sedih, akan menjejaskan majlis saya nanti. Saya rasa terharu sangat.

"Kadang-kadang saya rasa, cukuplah dengan masalah papa yang datang bertimpa-timpa. Sedih rasanya bila setiap perkara yang berlaku, papa juga yang dipersalahkan. Berilah dia ruang untuk bernafas," ujarnya dalam nada sayu.

Kejutan di hari perkahwinan

Kata orang, menjadi anak pertama, apatah lagi anak perempuan tunggal yang akan melangsungkan perkahwinan, pasti ibu dan ayah yang akan bersemangat lebih untuk mengadakan majlis terbaik buat anak tercinta.

Namun Abil sedar, dengan pelbagai masalah yang berlaku sejak akhir-akhir ini, gadis ini tidak mahu membebani ibu dan ayahnya.

Kerana itu, Abil lebih selesa jika majlisnya diadakan secara sederhana. Tidak membebankan keluarga mahupun menjadi bahan bualan nakal umum.

"Saya lebih suka jika persandingan saya diadakan secara sederhana.


MESRA di samping neneknya yang banyak menyumbangkan ilmu untuk majlis katam al-Quran ini.


"Saya pun tak mahu terlebih bajet sehingga ia menjadi bahan mulut orang mengatakan yang kami ni menunjuk-nunjuk.

"Yang penting, majlis persandingan kami akan menjadi memori yang paling indah biarpun ia diadakan secara sederhana," luah Abil yang juga bersyukur kerana hampir seluruh keluarga membantunya dari segi persiapan perkahwinannya.

Dalam menanti detik-detik hari bahagianya, terasa gemuruh di jiwanya bila dia akan diberikan kejutan khas hasil idea daripada keluarganya di hari persandingannya nanti.

Langsung tidak tenang dengan perancangan 'rahsia' keluarganya itu, dia masih tertanya-tanya tentang apa yang bakal berlaku pada hari persandingannya itu nanti.

"Rasa tak tenang langsung bila papa dan mummy kata ada kejutan buat saya dan Edy. Saya sendiri tak boleh bayangkan apa yang akan berlaku nanti.

"Setakat upacara biasa-biasa tu, saya tahulah. Mereka berbincang bersama dengan perancang perkahwinan kami, Pak Abu.

"Tak kisahlah. Janji majlis saya nanti akan berjalan dengan lancar," ucap Abil berseloroh.

Menyentuh tentang perancangan bulan madunya pula, kata Abil: "Setakat ini kami tak merancang apa-apa lagi kerana masing-masing sibuk. Insya-Allah kami akan berbulan madu pada tahun depan."

Merah jambu penyeri majlis

Dua hari sebelum melangkahkan kaki ke pelamin, seperti jua bakal pengantin perempuan yang lain Abil tidak ketinggalan menjalani majlis katam al-Quran. Berlangsung dalam suasana penuh harmoni di kediaman bapa kesayangannya di Kota Damansara, bermula pukul 2 petang, majlis yang disempurnakan lagi dengan acara marhaban dan berzanji itu berlanjutan selama kira-kira tiga jam.


NABILA berdoa majlis akad nikah dan persandingannya nanti berjalan dengan lancar.


Penuh berseri dalam persalinan merah jambu rekaan Puri Pesona, wajah Abil tampak tenang saat mengalunkan suara menerusi bacaan ayat-ayat suci. Tetapi dalam hatinya siapa yang tahu?

Selesai majlis, Abil melontarkan bicara, "Syukur kepada Ilahi kerana majlis ini berjaya disempurnakan dengan lancar. Perasaan saya sangat teruja dan tidak sabar-sabar lagi, maklumlah lagi dua hari saya bakal menjalani akad nikah dan juga bersanding."

Mengulas mengenai majlis katam al-Quran tersebut, Abil berterus-terang mengatakan dia sebenarnya terasa agak gementar.

"Maklumlah saya bukan penyanyi yang biasa ditonton orang di atas pentas, jadi bila majlis katam al-Quran ini saya kena membaca ayat-ayat suci sambil diperhatikan ramai di atas pentas, saya akui agak gugup juga, tetapi saya akui ada melakukan latihan terlebih dahulu."

Menurut Abil, dia ada menuntut ilmu katam al-Quran dengan nenek sebelah bapanya, Hajah Fatimah, selain mengambil inisiatif sendiri bagi melancarkan bacaan ayat-ayat suci tersebut.


CIUMAN penuh kasih sayang daripada wanita yang dipanggil mummy oleh Nabila ini setidak-tidaknya mampu menenangkan debaran hatinya yang bakal bergelar isteri.


Jika pada kebiasaannya, bakal pengantin perempuan menjalani majlis katam al-Quran dengan mengenakan busana berwarna putih, tetapi berlainan pula dengan Abil yang tampil menyerlah dalam persalinan berwarna merah jambu.

"Abil pilih warna merah jambu sebab ia nampak ceria, lagi pun pada akad nikah dan bersanding nanti, kostumnya berwarna putih," ucap Abil yang menaruh harapan majlis akad nikah dan acara persandingannya nanti turut berjalan lancar.

Norman Hakim di Rumah Keluarga Memey Suhaiza

Ingat akan gossip beberapa hari lepas yang menyatakan Norman Hakim telah pergi ke rumah Memey Suhaiza di Felda Tenggaroh hujung minggu lepas? Ini dia sedikit gambar yang membuktikan kehadiran Norman Hakim di’sana.

Norman Hakim tampak gembira berada di’sana seolah-olah tiada apa yang berlaku. Gadis berbaju merah itu kurang pasti identiti’nya — mungkin Memey.

Kes Cerai : Mahkamah tanggu permohonan cerai Dayang Zaira - Seri Bayu

Kes penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad atau Erema yang mengemukakan permohonan untuk bercerai dengan penulis lirik Seri Bayu ditangguhkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya sehingga 12 Januari tahun depan.

Seri Bayu yang tidak bersetuju dengan permohonan Erema juga dinasihatkan oleh hakim supaya memfailkan pernyataan pembelaan sebelum prosiding akan datang.

Seri Bayu yang ditemani beberapa orang keluarga angkat ketika ditemui di luar mahkamah mendakwa sering ditampar dan ditendang oleh Erema selain di maki hamun. (Dahsyat wo!)

Seri Bayu juga membawa beberapa keping gambar sebagai bukti kecederaannya dan bercadang untuk membuat laporan polis.

Erema pula yang terlewat menghadiri prosiding mahkamah kemudiannya memberitahu media yang Seri Bayu memang pandai memutar belitkan fakta.

Kredit: Mahkamah tangguh kes permohonan cerai Erema (Utusan Malaysia)

Linda Mengamuk Sepak Pentas Sehati Berdansa Sampai Berdarah Kaki

Al-kisahnya ketika sessi latihan Sehati Berdansa baru-baru ini, Linda Onn tiba lewat ke lokasi dan kerana itu penerbit program tersebut, Norazian Mohd Zahir mula tidak puas hati dan memarahi Linda.

Sessi latihan pada hari tersebut juga di’katakan serba tidak menjadi dan ini membuatkan Linda Onn naik angin.

Dek kerana terlalu marah, Linda Onn dikatakan mengamuk sakan dengan menendang set pentas sehinggalah kaki berdarah. (Dahsyat wo!)

Rupa-rupanya ini semua hanya gimik krew Sehati Berdansa yang mahu buat suprise sempena hari lahir Linda Onn. Linda Onn tergamam ketika dia mengamuk semua krew & orang sekeliling ketawa.

“Kalau saya naik angin, memang macam tu! Saya dah tak terfikir apa-apa pun sampai menendang set pentas sehingga pendarahan terjadi di bawah kuku kaki saya ini,” kata Linda Onn.

Menurut Norazian “Tak bestlah kalau kami bawa masuk kek dan menyanyi macam biasa. Tak ada drama. Selepas Linda dapat tahu semua itu gimik, dia terus mengeluh… ‘hai… kenapalah korang buat aku macam ni…’. Kesian pula tengok dia.”

Apa-apapun Linda, selamat hari lahir dan semoga cepat ketemu pengganti Fahrin Ahmad.

Pelakon Wanita Cantik Pesan Sex Toy

Ada teman Diva yang bermata sepet dan tak pernah berenggang dengan Blackberry, ala-ala wartawan juga layaknya, memberitahu Diva perihal dua orang pelakon yang cantik rupa paras ini.

Nak kata tidak ada teman lelaki, sudah terang lagi bersuluh tetapi mereka ini tidak segan silu untuk membuat tempahan pada rakan-rakan yang keluar negara. Pesanannya adalah alat permainan seks dan apabila menyebut tentang benda itu, faham-faham sahajalah apa kegunaannya.

Alasan mereka mudah apabila disoal kenapa memesan barang sedemikian, sedangkan banyak barang lain yang boleh dipesan. Nak tahu apa jawapan mereka? Mereka jawab; “Tidak mahu ‘bagi’ selalu dekat teman lelaki sebab nanti mereka mahu selalu. Simpan-simpan sikit.”

Lagi-lagi Kes Cerai : Suami Zakiah Anas Minta Tangguh Penceraian

Mohamad Yusof Mohamad Taib, 46 suami kepada personaliti TV3 Zakiah Anas meminta supaya prosiding permohonan untuk bercerai yang dikemukakan isterinya ditangguhkan bagi membolehkan kes dibincangkan secara baik.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada Peguam Syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Zakiah Anas. Suami Zakiah di’laporkan tidak hadir ke mahkamah untuk prosiding tersebut.

Zakiah Anas memfailkan permohonan cerai kerana tiada persefahaman. Tetapi, dari gaya suami beliau, aku faham yang suami’nya itu mahu selesaikan secara baik di’luar demi anak-anak. Mereka di’kurniakan 2 orang anak lelaki sepanjang tempoh perkahwinan.

Kredit: Suami Zakiah Anas Mohon Prosiding Perceraian di’Tangguh (Utusan Malaysia Online)

Ekin : Bertudung , tapi berkain jarang

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi Mawi & Ekin akan melangsungkan perkahwinan mereka yang di’tunggu-tunggu oleh orang ramai.

Di’kala kecoh dengan isu penceraian artis yang semacam tidak berkesudahan (orang biasa pun sama), Mawi & Ekin berharap peminat mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat.

“Saya juga akui ramai pasangan artis yang bercerai ketika ini tapi hakikatnya, bukan artis saja yang kahwin dan bercerai. Sebaliknya, orang biasa pun bercerai juga tapi tidak mendapat liputan meluas daripada media. Bagi saya, perceraian itu sudah ketentuan Tuhan dalam hidup mereka.

“Apa yang penting, saya ingin berkahwin sekali saja seumur hidup dan doa saya, semoga perkahwinan kami kekal bukan saja ke anak cucu sebaliknya hingga ke akhir hayat,” kata Mawi kepada wartawan.

Tapi ‘kan Mawi, kami rasa imej seksi Ekin tidak boleh terhakis dengan pemakaian tudung. Fesyen hari ini membenarkan Ekin untuk tampil berani dengan ‘baju & tudung yang sopan’.

Kredit Foto & Teks: Paduan Jiwa Mawi, Ekin (Harian Metro)

Photos: Olga Kurylenko at Quantum Of Solace Party in Tokyo, Japan