Spiga

Giliran Amyza-Lisdawati pula bermasam muka


DETIK kemesraan antara Amyza dengan Lisdawati sewaktu program Debaran Sehati Berdansa di Bukit Jalil kelmarin.


KUALA LUMPUR – Selepas kontroversi pergaduhan hos program realiti Sehati Berdansa, Linda Onn dan Fahrin Ahmad hampir reda, timbul pula isu pergaduhan antara dua pesertanya, Lisdawati dan Amyza Aznan.

Kedua-dua peserta yang juga pelakon popular itu dikatakan bermasam muka dan tidak bertegur-sapa disebabkan masalah saling mencemburui dan tidak berpuas hati dengan pemarkahan yang diberikan oleh pihak juri begitu juga sokongan peminat menerusi SMS sepanjang pertandingan berlangsung sejak Oktober lalu.

Ketika diminta penjelasan, Lisdawati menafikan sengketa yang wujud itu.

“Saya malas hendak komen panjang lebar kerana saya tidak mempunyai masalah dengan Amyza. Kalau boleh saya tidak mahu perkara kurang elok dalam pertandingan ini,’’ kata Lisdawati kepada Kosmo!

Khabar angin ini juga dinafikan oleh Amyza ketika ditemui selepas program Debaran Sehati Berdansa Ahad lalu dengan berkata, “Berita ini tidak benar.

“Hubungan kami masih baik. Memang Kami hanya borak sekali-kala dalam pertandingan ini kerana masing-masing sibuk dengan komitmen dan kesuntukan masa.’’

Menurut beliau, soal cemburu tidak timbul kerana mereka cuba melakukan yang terbaik setiap minggu persembahan.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

0 comments: