Spiga

Mawi & Ikin : makin debar tunggu "malam pertama"

Mawi dan Ikin tak sabar tunggu disatukan pada 20 Disember 2008.

Hari de

Mawi serah kad kepada Editor majalah Mangga, Norzeha Kasbi dan wartawan Aisamurni.

mi hari dilalui akhirnya tinggal dua minggu lagi Mawi dan Ekin akan menjadi suami isteri. Mereka kini sedang menghitung hari. Mereka akan bernikah pada 20 Disember ini di Johor Bahru, Johor.

Pada 3 Disember 2008, pemilik nama penuh Asmawi Ani dan Ekin disertai beberapa pegawai dari Maestro Records singgah di pejabat Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) untuk menyerahkan sendiri kad-kad jemputan kepada rakan media. Mangga Online juga dapat jemputan.

Terima kasihlah. Mawi kini mengotakan janjinya untuk menyerahkan sendiri kad jemputan kepada tetamu yang bakal menghadiri majlis-majlis yang diadakan sempena pernikahannya dengan Ekin.

"Sekarang belumlah selesai lagi segala urusan, tapi sehingga tarikh itu se

Abang ManggaOnline pun dapat jemputan.

muanya akan sempurna," kata Mawi kepada Mangga Online.

Mawi juga menjanjikan untuk memastikan semua yang hadilr ke majlis-majlisnya akan berpuas hati. Dia sudah berusaha memberikan yang terbaik kepada semua tetamu dan peminat.

Sebab itulah pada sebelah malam pada 27 Disember 2008 akan diadakan acara persembahan di Padang Awam Felda Taib Andak, Johor yang bakal menampilkan rakan

Sempat jengok artis grafik URTV, Ernini buat kerja.

-rakan artis Akademi Fantasia.

Mawi dan Ekin akan bersanding di padang itu dalam majlis sambut menantu pada 28 Disember 2008.

Ekin kontrol Mawi?

Ada orang kata Mawi bakal berbelanja besar selepas kahwin dengan Ekin. Benarkah? Apa komen Ekin?

"Mana ada saya ni suka berbelanja besar... sebenarnya saya ni jenis yang kedekut untuk berbelanja," akui Ekin.

Mawi yang ada di sebelah setuju dan mengakui Ekin bakal menyekatnya daripada boros berbelanja.

"Kita ni kena beringat sebab tidak selamanya kita akan berada di atas sebab itu saya suka berjimat dalam apa sahaja perkara. Saya juga tidak akan bergantung sepenuhnya dengan pendapatan Mawi.

"Saya mahu ada pendapatan sendiri juga dan akan terus bekerja selepas kami kahwin," jelas Ekin atau nama penuhnya Nora Ashikin Rahmat.


0 comments: