Spiga

Tanah Runtuh : Peristiwa menyayat hati


JAMILAH (tengah) ditenangkan ahli keluarga di HKL ekoran kematian Shaiful Khas dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa semalam.


KUALA LUMPUR - Hati bapa mana yang tidak merasa pilu apabila mendapati anak kesayangan ditemui mati tertimbus. Demikian yang dirasakan oleh Datuk Shahrudin Adnan, 63, (gambar kecil) apabila melihat Shaiful Khas, 20, yang terbunuh dalam keadaan menyayat hati.

"Saya terdengar anak saya memekik dan kata rumah kami bergegar," kata Shahrudin mengenai anak bongsu daripada dua orang adik-beradik itu yang ditemui tertimbus selepas rempuhan ketiga tanah runtuh ke atas banglo dua tingkat mereka di Bukit Antarabangsa semalam.

Menurutnya, dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, dia terdengar anaknya memekik dan berkata rumahnya bergegar.

"Ketika gelongsoran pertama saya masih terdengar suaranya, sehinggalah gelongsoran yang ketiga dan saya menggunakan telefon bimbit untuk mengesan anak saya yang tertimbus.




"Shaiful kemudiannya ditemui dengan tangannya yang sejuk dan masih memegang telefon bimbit dan disahkan telah meninggal dunia," ujarnya sedih di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Shaiful baru sahaja selesai menduduki peperiksaan di Kolej Teknologi YPC-itWEB, Cheras.

Shaiful Khas adalah antara yang dilaporkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama itu.

Shahrudin berkata beliau bersama isteri dan seorang anak saudara mereka berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui bumbung.

"Sebelum ini arwah memang tidur di tingkat atas, tapi entah kenapa, malam tadi dia nak tidur di tingkat bawah," katanya sambil memberitahu beliau bersama isterinya, Datin Jamilah Mohd. Kassim serta anak saudara mereka itu tidur di tingkat atas.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

0 comments: