Spiga

Aznil 'Take Over' AF 7???



DALAM kita dok tertanya apakah program popular Akademi Fantasia (AF) akan diteruskan untuk musim akan datang, Joyah pula dapat tahu, tugas pengacaraan akan kembali ke tangan Aznil Haji Nawawi.


Betulkah begitu? Pasti ramai yang suka Pak Nil kita ni kembali ke AF. Iyalah, dia tu kan dah macam ikon program realiti popular tu.


Pandai pula buat drama dan tahu bagaimana mahu memberikan debaran kepada penonton dan peserta AF yang rata-rata gementar untuk mengetahui siapa bakal tersingkir setiap minggu.


Joyah sendiri suka tengok gelagat Aznil di pentas mengacara konsert mingguan dan mengendalikan Diari Harian.


Khabarnya, Aznil ini bukan bukan sekadar pandai mengacara malah dia juga rapat dengan peserta. Malah kalau ada masa, pasti dia suka beri motivasi kepada budak-budak AF.


Patutlah dia nampak rapat dengan budak-budak AF sejak musim pertama dan budak-budak AF pun sayang kat dia.


Apapun, jika benarlah bagai dikata, selamat kembali bertugas. Joyah pun suka dengan drama-drama Aznil di pentas AF. Menjadilah, orang kata.


Cuma jika benarlah Aznil yang mengendalikan AF nanti, bagaimana pula nasib AC Mizal yang bertanggungjawab mengacara AF lepas?

0 comments: