Spiga

Buah-buahan dan khasiatnya


Kiwi - Sangat kecil tetapi gagah. buah Kiwi adalah sumber baik untuk magnesium, vitamin E dan serat. Ia mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda dengan sebiji buah oren.


Strawberi - Buah perlindungan. Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buah utama dan melindungi badan daripada penyakit barah.


Epal - sebiji epal sehari menjauhkan kita dari berjumpa doktor. Walaupun sebiji epal mengandungi vitamin C yang rendah, namun ia mempunyai antioksidan dan flavanoids yang mana menambahkan aktiviti untuk vitamin C dengan itu menolong menurun risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar.


Oren - Ubat yang termanis. mengambil 2 atau 4 biji oren sehari boleh menjauhkan selsema, kolesterol mencegah dan melarutkan batu di dalam buah pinggang dan juga memperkecilkan risiko barah kolon.


Tembikai - Hilangkan dahaga. Terdiri daripada 92% air, ia juga mengandungi glutathione yang mana menolong mengalakkan sistem kebal kita. Ia juga adalah sumber lycopene yang penting. Nutrien lain yang didapati dalam tembikai adalah vitamin C dan Kalium.

Jambu dan Papaya - Anugerah teratas untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan tertinggi vitamin C. Jambu juga kaya dengan serat yang dapat mencegah sembelit. Papaya kaya dengan carotene, baik untuk mata.

0 comments: