Spiga

Otak Tertua Ditemui



GAMBAR komputer ini menunjukkan bahan yang terdapat dalam tengkorak dipercayai otak berusia 2,000 tahun.



LONDON - Pakar-pakar arkeologi berjaya menemui segumpal otak manusia di utara England yang berasal dari Zaman Besi, kata beberapa pegawai Universiti York semalam.

Otak yang berusia sekurang-kurangnya 2,000 tahun itu merupakan yang tertua pernah ditemui di Britain dan dunia.

Penemuannya itu berlaku secara tidak sengaja apabila pasukan Amanah Arkeologi York memulakan kerja penggalian sebagai sebahagian pelan untuk membesarkan kampus universiti.

Ketika kerja penggalian itu sedang berjalan, seorang pegawai menemui satu tengkorak dalam sebuah parit di mana pasukan tersebut percaya ia digunakan dalam amalan korban.

Ketika seorang pakar arkeologi, Rachel Cubitt sedang membersihkan tengkorak itu, dia menemui benda berwarna kuning di dalamnya.

"Ia mengingatkan saya kepada satu syarahan di universiti berhubung peninggalan otak manusia kuno yang jarang berlaku," katanya.

Tengkorak itu ditemui di daerah Heslington di pinggir bandar York iaitu dalam kawasan bercucuk tanam prasejarah yang berusia sekurang-kurangnya 300 Tahun Sebelum Masehi. - AFP

0 comments: