PUTRAJAYA - Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi pada hujung bulan ini, menjadikan harga minyak di pasaran turun daripada RM2 ketika ini kepada RM1.85 seliter.
Penurunan harga sebanyak 15 sen itu juga menjadikan harganya lebih rendah daripada RM1.92 seliter sebelum kenaikan pada Jun lalu, sekali gus menjadikan ia harga terendah sejak lebih dua tahun lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, penurunan perlu dibuat secara berhemah serta tersusun dengan asas-asasnya dan penurunan sebanyak 15 sen itu adalah paling maksimum.
"Saya jangka harga minyak akan turun 15 sen juga pada hujung bulan ini.
"Pokoknya, kita akan turunkan harga berikutan harga minyak mentah menurun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Keluarga kementerian di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment