Spiga

Ekin : Bertudung , tapi berkain jarang

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi Mawi & Ekin akan melangsungkan perkahwinan mereka yang di’tunggu-tunggu oleh orang ramai.

Di’kala kecoh dengan isu penceraian artis yang semacam tidak berkesudahan (orang biasa pun sama), Mawi & Ekin berharap peminat mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat.

“Saya juga akui ramai pasangan artis yang bercerai ketika ini tapi hakikatnya, bukan artis saja yang kahwin dan bercerai. Sebaliknya, orang biasa pun bercerai juga tapi tidak mendapat liputan meluas daripada media. Bagi saya, perceraian itu sudah ketentuan Tuhan dalam hidup mereka.

“Apa yang penting, saya ingin berkahwin sekali saja seumur hidup dan doa saya, semoga perkahwinan kami kekal bukan saja ke anak cucu sebaliknya hingga ke akhir hayat,” kata Mawi kepada wartawan.

Tapi ‘kan Mawi, kami rasa imej seksi Ekin tidak boleh terhakis dengan pemakaian tudung. Fesyen hari ini membenarkan Ekin untuk tampil berani dengan ‘baju & tudung yang sopan’.

Kredit Foto & Teks: Paduan Jiwa Mawi, Ekin (Harian Metro)

0 comments: