Spiga

Khidmat tukang urut dan pelacur gay mendapat permintaan

KUALA LUMPUR – Pelacur lelaki kembali berniaga.

Demikianlah keadaannya di sepanjang deretan kedai tiga tingkat di Cheras ini yang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Malah kegiatan pelacuran songsang itu pernah dibongkarkan oleh Kosmo! pada awal Januari lalu dan kini ia kembali semula menjadi lubuk untuk lelaki gay untuk memuaskan nafsu mereka.

Pelacur lelaki yang menawarkan khidmat seks itu didapati berselindung di sebalik perniagaan premis rumah urut yang kebanyakannya berada di tingkat dua dan tiga bangunan berkenaan.

Wartawan Kosmo! Ahad yang menyamar sebagai pelanggan rumah urut itu mendapati khidmat pelacuran masih dijalankan malah terdapat pula beberapa pakej perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan homoseksual.

“Kita ada beberapa pakej. Urut badan biasa RM40 sebelum pukul 6 tapi kalau lepas itu, harga sudah RM50. Pakej lain pun kita ada,” kata seorang pengusaha pusat urutan refleksologi.

Apabila diminta untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai tawaran pakej yang ada, dia berkata:

“Pakej RM60 ada urutan badan sama tukang urut bogel. Pakej RM90 untuk servis body to body. Spa pun ada tapi RM25. Bayaran itu untuk hanya satu jam sahaja.”

“Kalau pakej RM40, tukang urut pakai seluar dalam dan baju-T sahaja.

“Kalau RM60, tukang urut tanpa pakaian akan urut you. Oral sex termasuk sekali,” katanya.


0 comments: