Spiga

AS cipta Al-Quran palsu, tolong disebarkan

Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim

Rasanya info ini dah lama, tetapi di post di Isuhangat sebagai peringatan semula.

Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang diedarkan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 syarikat percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! mempunyai lebih dari 366 halaman iaitu dari bahasa Arab dan Inggeris, sekarang khabarnya diedarkan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah-sekolah berbahasa Inggeris disana.

Bukunya sendiri memuatkan 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.
Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristian tentang tiga tuhan.Dan banyak sekali bertentangan dengan pelbagai kepercayaan dalam
Islam, seperti mempunyai lebih satu isteri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.

Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim tentang info ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang mendustakan Agama Allah SWT.

Ini alamatnya:

http://www.islam-exposed.org/

Elle atau Nur Fuziana Isteri Cico Harahap

Wanita di’atas bersama Cico Harahap di’katakan sebagai Elle atau nama Islamnya Nur Fuziana yang kini menjadi isteri kepada Cico. Elle di’khabarkan sedang mengandung 8 bulan & bernikah dengan Cico 10 bulan lalu di selatan Thailand. Lagi gambar selepas ini…



Terima kasih: Galvatron (Forum Cari!)

Amy Search Mewalikan Pernikahan Nabila Huda & Zaidy Zailani

Seronok rasanya melihat Amy Search mewalikan sendiri pernikahan anak gadis beliau Nabila Huda dengan Zaidy. Majlis pernikahan yang berlansung di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, hari ini, menyaksikan dua hati menjadi satu setelah lebih enam tahun pasangan ini menyulam cinta.

“Saya amat bersyukur kerana hubungan yang kami jalin bertahun-tahun ini berakhir dengan perkahwinan. Saya sendiri tidak pernah merancang untuk mengakhiri zaman solo pada usia ini, tetapi nampaknya jodoh sudah sampai.

“Banyak dugaan yang telah kami tempoh bersama apatah lagi dia adalah cinta pertama saya. Insya-Allah, saya akan cuba untuk menjadi isteri yang terbaik buatnya,” kata Nabila yang harijadinya jatuh pada hari ini. Hari yang sangat bermakna buat Nabila Huda & Zaidy.

Tahniah & selamat melayari alam rumahtangga OHBULAN! ucapkan. Semoga kedua-duanya menjadi semakin matang & dewasa.

Kredit Berita & Foto: Tangisan Syukur Iringi Pernikahan Nabila - Zaidy (mStar)

Giliran Amyza-Lisdawati pula bermasam muka


DETIK kemesraan antara Amyza dengan Lisdawati sewaktu program Debaran Sehati Berdansa di Bukit Jalil kelmarin.


KUALA LUMPUR – Selepas kontroversi pergaduhan hos program realiti Sehati Berdansa, Linda Onn dan Fahrin Ahmad hampir reda, timbul pula isu pergaduhan antara dua pesertanya, Lisdawati dan Amyza Aznan.

Kedua-dua peserta yang juga pelakon popular itu dikatakan bermasam muka dan tidak bertegur-sapa disebabkan masalah saling mencemburui dan tidak berpuas hati dengan pemarkahan yang diberikan oleh pihak juri begitu juga sokongan peminat menerusi SMS sepanjang pertandingan berlangsung sejak Oktober lalu.

Ketika diminta penjelasan, Lisdawati menafikan sengketa yang wujud itu.

“Saya malas hendak komen panjang lebar kerana saya tidak mempunyai masalah dengan Amyza. Kalau boleh saya tidak mahu perkara kurang elok dalam pertandingan ini,’’ kata Lisdawati kepada Kosmo!

Khabar angin ini juga dinafikan oleh Amyza ketika ditemui selepas program Debaran Sehati Berdansa Ahad lalu dengan berkata, “Berita ini tidak benar.

“Hubungan kami masih baik. Memang Kami hanya borak sekali-kala dalam pertandingan ini kerana masing-masing sibuk dengan komitmen dan kesuntukan masa.’’

Menurut beliau, soal cemburu tidak timbul kerana mereka cuba melakukan yang terbaik setiap minggu persembahan.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Amy rugi RM1 juta? - Perubahan lokasi persandingan Nabila




BERITA perkahwinan aktres Nabila Huda, anak perempuan tunggal rockers terkenal Amy Search yang dijadualkan bakal berlangsung pada pada 2 Disember ini sudahpun disebarkan kepada khalayak.

Namun begitu, sejak kad undangan perkahwinannya itu diterima pihak media, timbul satu persoalan di benak fikiran apabila lokasi persandingan yang dirancang di sebuah hotel bertaraf lima bintang sebelum ini telah diubah ke Pusat Komuniti, Bukit Damansara.

Mungkinkah, perubahan ini berlaku disebabkan baru-baru ini bapanya itu dikhabarkan telah kerugian hampir RM1 juta menerusi sebuah skim pelaburan yang turut membabitkan beberapa artis ternama lain dan ini menyebabkan kos bajet perkahwinannya terpaksa dikurangkan?

Justeru mungkinkah jumlah tetamu yang akan hadir di majlis mereka turut dikurangkan?

Mahu mendapatkan kepastian, Kosmo! telah menghubungi Nabila untuk menjelaskan situasi sebenarnya. Mendengar nada suaranya, jelas dia terkilan dengan spekulasi 'baru' yang diterimanya itu.


SEGAR dan ceria yang terpancar daripada kostum merah jambu yang digayakannya membuatkan seri bakal pengantin terserlah.


"Susah saya nak jawab pasal ini. Saya pun tak boleh nak cakap apa-apa. Macam ini, sebenarnya kami tidak mahu mengadakan persandingan secara besar-besaran. Saya lebih suka majlis yang sederhana sahaja.

"Berkenaan tentang perubahan lokasi persandingan saya, ia langsung tiada kaitan dengan masalah kerugian papa (Amy Search). Apalagi mahu mengurangkan jumlah tetamu yang hadir kerana merekalah penyeri majlis saya nanti.

"Cuma bila saya mahu menempah dewan di hotel itu pada tarikh yang saya inginkan (2 Disember), ia dah penuh.

"Jadi kami pun carilah lokasi lain pula. Lagipun kami pernah menyambut hari lahir ayah di sana, tak perlulah nak buat majlis di tempat yang sama lagi sekali," jelasnya.

Mesra dengan panggilan nama Abil, dia tahu, bapa kesayangannya itu tidak pernah menyusahkan dirinya dengan pelbagai masalah yang muncul.

Apa yang penting, Abil bahagia dengan kehidupan barunya nanti.


NABILA saat ini tertanya-tanya mengenai apakah kejutan yang bakal dilakukan oleh bapanya pada hari perkahwinannya, Selasa ini.


"Susah macam mana sekalipun, papa memang tidak suka mencampur-adukkan masalah dia dalam kehidupan saya.

"Sebab itu saya kata, antara masalah papa dan majlis perkahwinan saya, tiada kaitan langsung. Bayangkan, bila saya balik rumah, jika papa ada masalah, seboleh-bolehnya dia tidak mahu menceritakan apa yang berlaku kepada saya.

"Lebih-lebih lagi sekarang ini keluarga saya lebih selesa untuk tidak menceritakan masalah mereka kepada saya. Bimbang jika saya sedih, akan menjejaskan majlis saya nanti. Saya rasa terharu sangat.

"Kadang-kadang saya rasa, cukuplah dengan masalah papa yang datang bertimpa-timpa. Sedih rasanya bila setiap perkara yang berlaku, papa juga yang dipersalahkan. Berilah dia ruang untuk bernafas," ujarnya dalam nada sayu.

Kejutan di hari perkahwinan

Kata orang, menjadi anak pertama, apatah lagi anak perempuan tunggal yang akan melangsungkan perkahwinan, pasti ibu dan ayah yang akan bersemangat lebih untuk mengadakan majlis terbaik buat anak tercinta.

Namun Abil sedar, dengan pelbagai masalah yang berlaku sejak akhir-akhir ini, gadis ini tidak mahu membebani ibu dan ayahnya.

Kerana itu, Abil lebih selesa jika majlisnya diadakan secara sederhana. Tidak membebankan keluarga mahupun menjadi bahan bualan nakal umum.

"Saya lebih suka jika persandingan saya diadakan secara sederhana.


MESRA di samping neneknya yang banyak menyumbangkan ilmu untuk majlis katam al-Quran ini.


"Saya pun tak mahu terlebih bajet sehingga ia menjadi bahan mulut orang mengatakan yang kami ni menunjuk-nunjuk.

"Yang penting, majlis persandingan kami akan menjadi memori yang paling indah biarpun ia diadakan secara sederhana," luah Abil yang juga bersyukur kerana hampir seluruh keluarga membantunya dari segi persiapan perkahwinannya.

Dalam menanti detik-detik hari bahagianya, terasa gemuruh di jiwanya bila dia akan diberikan kejutan khas hasil idea daripada keluarganya di hari persandingannya nanti.

Langsung tidak tenang dengan perancangan 'rahsia' keluarganya itu, dia masih tertanya-tanya tentang apa yang bakal berlaku pada hari persandingannya itu nanti.

"Rasa tak tenang langsung bila papa dan mummy kata ada kejutan buat saya dan Edy. Saya sendiri tak boleh bayangkan apa yang akan berlaku nanti.

"Setakat upacara biasa-biasa tu, saya tahulah. Mereka berbincang bersama dengan perancang perkahwinan kami, Pak Abu.

"Tak kisahlah. Janji majlis saya nanti akan berjalan dengan lancar," ucap Abil berseloroh.

Menyentuh tentang perancangan bulan madunya pula, kata Abil: "Setakat ini kami tak merancang apa-apa lagi kerana masing-masing sibuk. Insya-Allah kami akan berbulan madu pada tahun depan."

Merah jambu penyeri majlis

Dua hari sebelum melangkahkan kaki ke pelamin, seperti jua bakal pengantin perempuan yang lain Abil tidak ketinggalan menjalani majlis katam al-Quran. Berlangsung dalam suasana penuh harmoni di kediaman bapa kesayangannya di Kota Damansara, bermula pukul 2 petang, majlis yang disempurnakan lagi dengan acara marhaban dan berzanji itu berlanjutan selama kira-kira tiga jam.


NABILA berdoa majlis akad nikah dan persandingannya nanti berjalan dengan lancar.


Penuh berseri dalam persalinan merah jambu rekaan Puri Pesona, wajah Abil tampak tenang saat mengalunkan suara menerusi bacaan ayat-ayat suci. Tetapi dalam hatinya siapa yang tahu?

Selesai majlis, Abil melontarkan bicara, "Syukur kepada Ilahi kerana majlis ini berjaya disempurnakan dengan lancar. Perasaan saya sangat teruja dan tidak sabar-sabar lagi, maklumlah lagi dua hari saya bakal menjalani akad nikah dan juga bersanding."

Mengulas mengenai majlis katam al-Quran tersebut, Abil berterus-terang mengatakan dia sebenarnya terasa agak gementar.

"Maklumlah saya bukan penyanyi yang biasa ditonton orang di atas pentas, jadi bila majlis katam al-Quran ini saya kena membaca ayat-ayat suci sambil diperhatikan ramai di atas pentas, saya akui agak gugup juga, tetapi saya akui ada melakukan latihan terlebih dahulu."

Menurut Abil, dia ada menuntut ilmu katam al-Quran dengan nenek sebelah bapanya, Hajah Fatimah, selain mengambil inisiatif sendiri bagi melancarkan bacaan ayat-ayat suci tersebut.


CIUMAN penuh kasih sayang daripada wanita yang dipanggil mummy oleh Nabila ini setidak-tidaknya mampu menenangkan debaran hatinya yang bakal bergelar isteri.


Jika pada kebiasaannya, bakal pengantin perempuan menjalani majlis katam al-Quran dengan mengenakan busana berwarna putih, tetapi berlainan pula dengan Abil yang tampil menyerlah dalam persalinan berwarna merah jambu.

"Abil pilih warna merah jambu sebab ia nampak ceria, lagi pun pada akad nikah dan bersanding nanti, kostumnya berwarna putih," ucap Abil yang menaruh harapan majlis akad nikah dan acara persandingannya nanti turut berjalan lancar.

Norman Hakim di Rumah Keluarga Memey Suhaiza

Ingat akan gossip beberapa hari lepas yang menyatakan Norman Hakim telah pergi ke rumah Memey Suhaiza di Felda Tenggaroh hujung minggu lepas? Ini dia sedikit gambar yang membuktikan kehadiran Norman Hakim di’sana.

Norman Hakim tampak gembira berada di’sana seolah-olah tiada apa yang berlaku. Gadis berbaju merah itu kurang pasti identiti’nya — mungkin Memey.

Kes Cerai : Mahkamah tanggu permohonan cerai Dayang Zaira - Seri Bayu

Kes penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad atau Erema yang mengemukakan permohonan untuk bercerai dengan penulis lirik Seri Bayu ditangguhkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya sehingga 12 Januari tahun depan.

Seri Bayu yang tidak bersetuju dengan permohonan Erema juga dinasihatkan oleh hakim supaya memfailkan pernyataan pembelaan sebelum prosiding akan datang.

Seri Bayu yang ditemani beberapa orang keluarga angkat ketika ditemui di luar mahkamah mendakwa sering ditampar dan ditendang oleh Erema selain di maki hamun. (Dahsyat wo!)

Seri Bayu juga membawa beberapa keping gambar sebagai bukti kecederaannya dan bercadang untuk membuat laporan polis.

Erema pula yang terlewat menghadiri prosiding mahkamah kemudiannya memberitahu media yang Seri Bayu memang pandai memutar belitkan fakta.

Kredit: Mahkamah tangguh kes permohonan cerai Erema (Utusan Malaysia)