Spiga

Tini Hot FM Kahwin Nur Sulhi Jasmin 22 Februari Ini

Lagi selebriti Malaysia yang akan berkahwin awal-awal tahun ini. Nampaknya 2009 di’mulakan dengan sesuatu yang baik olrh mereka.

farm4.static.flickr.com/3008/2463826001_d93a390be1.jpg


Selepas Sari Yanti, Que Haidar-Linda Jasmine, Adlin-Emelda, kini tiba giliran Kartini Kamarul Ariffin atau Tini mengumumkan tarikh perkahwinan beliau.

Tini, 30 yang mula jatuh hati dengan Nur Sulhi Jasmin atau Sol,28 ketika membuat liputan sebuah program hiburan terbitan TV3 berkata beliau mengimpikan sebuah majlis perkahwinan ringkas namun praktikal serta memberi keselesaan kepada semua tetamu.

Majlis pernikahan akan diadakan pada waktu pagi dan disusuli majlis persandingan (tengah hari) apabila kedua-dua upacara itu akan dilangsungkan di Dewan Perdana Felda. Manakala majlis resepsi sebelah lelaki pula diadakan 28 Februari di Kota Tinggi, Johor.

Sumber: KKCafe.Net

0 comments: