Spiga

Dua minggu dikurung, dipukul Kasanova Siam

kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0108/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg


RANTAU PANJANG - Siti Aida Norbani Mustafa selepas ini mungkin tidak berani lagi membeli-belah seorang diri di pasar pagi Sungai Golok dalam wilayah Thailand.

Disebabkan teguran seorang lelaki warga Thailand yang tidak dikenali, dia umpama dipukau. Dia mengikut lelaki itu ke sebuah rumah di Pangkalan Gergaji, Sungai Golok. Di situ dia dikurung selama dua minggu.

Siti Aida, 22, dari Kampung Bukit Payung, Terengganu juga lebam mata kanan akibat dibelasah oleh lelaki berusia 20-an itu yang mengajaknya berkahwin.

"Dia pukul saya setiap kali saya menjerit.

"Bagaimanapun, saya diberi makan dan telekung untuk bersembahyang,'' katanya di sini semalam.

0 comments: