Spiga

Linda Mengamuk Sepak Pentas Sehati Berdansa Sampai Berdarah Kaki

Al-kisahnya ketika sessi latihan Sehati Berdansa baru-baru ini, Linda Onn tiba lewat ke lokasi dan kerana itu penerbit program tersebut, Norazian Mohd Zahir mula tidak puas hati dan memarahi Linda.

Sessi latihan pada hari tersebut juga di’katakan serba tidak menjadi dan ini membuatkan Linda Onn naik angin.

Dek kerana terlalu marah, Linda Onn dikatakan mengamuk sakan dengan menendang set pentas sehinggalah kaki berdarah. (Dahsyat wo!)

Rupa-rupanya ini semua hanya gimik krew Sehati Berdansa yang mahu buat suprise sempena hari lahir Linda Onn. Linda Onn tergamam ketika dia mengamuk semua krew & orang sekeliling ketawa.

“Kalau saya naik angin, memang macam tu! Saya dah tak terfikir apa-apa pun sampai menendang set pentas sehingga pendarahan terjadi di bawah kuku kaki saya ini,” kata Linda Onn.

Menurut Norazian “Tak bestlah kalau kami bawa masuk kek dan menyanyi macam biasa. Tak ada drama. Selepas Linda dapat tahu semua itu gimik, dia terus mengeluh… ‘hai… kenapalah korang buat aku macam ni…’. Kesian pula tengok dia.”

Apa-apapun Linda, selamat hari lahir dan semoga cepat ketemu pengganti Fahrin Ahmad.

0 comments: