Spiga

Lelaki abai tugas lindungi wanita tanda akhir zaman

DALAM hadis riwayat Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda: “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Ia adalah satu topik yang menarik dan selalu dibincangkan dalam pelbagai forum kebapaan iaitu seolah-olah kini ‘kelelakian’ semakin pupus. Mengapakah fenomena ini terjadi dan bagaimanakah cara untuk mengembalikan semangat lelaki?Hipotesis yang cuba dilontarkan dalam menganalisis permasalahan ini ialah mungkin disebabkan ramainya lelaki yang tidak lagi berperanan sebagai lelaki dan hilang semangat kelelakiannya.

Hilang semangat kelelakian? Mungkin ramai yang akan menduga ia membawa maksud bertambahnya ‘lelaki lembut’ seperti yang pernah dibincangkan di akhbar tempatan suatu waktu dulu atau semakin kurang bilangan lelaki. Namun, sebenarnya ia bukan yang demikian. Bilangan lelaki ramai jika tidak lebih atau sama dengan jumlah wanita pun sekurang-kurangnya tidaklah terlalu jauh nisbahnya. Yang dimaksudkan di sini ialah kurangnya lelaki yang menjalankan peranan mereka sebagai lelaki seperti yang diperintahkan Allah dalam al-Quran iaitu lelaki sebagai ‘qawwam un’ (pelindung) kepada wanita. Hipotesis itu ada kebenarannya malah tidak keterlaluan jika dikatakan bertepatan dengan hadis di atas.
Hadis itu menyebut bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang daripada wanita dan yang lebih parah lagi, 50 wanita hanya dijaga oleh seorang lelaki. Menariknya dalam hadis itu ialah Rasulullah saw menggunakan perkataan ‘qawwam’ yang bermaksud pelindung untuk 50 wanita dan tidak menggunakan perkataan ‘rijal’ yang membawa makna lelaki. Maksudnya orang lelaki yang menjaga wanita itu semakin sedikit bilangannya. Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita sama ada dengan tidak bertanggungjawab menjaga keluarga, tidak berperanan sebagai ketua keluarga atau memperlakukan wanita dengan tindakan yang langsung tidak menjaga mereka, malah memudaratkan seperti mengeksploitasi, merogol dan menjadikan wanita alat pelepas nafsu. Baca Selanjutnya..

0 comments: